MASA ITU EMAS

Sunday, 27 February 2011

d2b Crumbley

Sebelum d2b memaparkan hasil kerja terbaru & yang masih dalam proses, d2b ingin berkongsi dengan semua antara koleksi fav saya...


Friday, 25 February 2011

Flashback

Go back in Cyfeezbeads Collections time....

 Highlight : 
Manik dijahit mengikut corak bagi memberi kesan timbul pada sesuatu corak.

 Mixa : 
Manik dijahit dengan pelbagai paten ringkas tapi masih dapat menaikkan seri baju tersebut.

 Simpulan Cinta : 
Manik disimpul rapi dengan jahitan kemas memperlihatkan si pemakai seperti memakai gelang manik di tangan.

 Taburan :
Pelbagai paten taburan manik dijahit pada baju dengan gabungan manik & labuci.

Tocang :
Manik dijahit seakan-akan bentuk tocang dapat menyerikan baju walaupun paten agak ringkas.

Thursday, 24 February 2011

Salam Perkenalan...

Assalamualaikum...
Salam perkenalan ini dimulakan sebagai pembuka bicara kehadiran Dare to Bead dalam bidang Sulaman Manik & Labuci secara online. Dare to Bead sebenarnya telah lama bertapak dalam bidang sulaman manik & labuci yang dahulunya lebih dikenali sebagai "CyfeezBeads Collections". Namun setelah sekian lama tidak meng'update' fotopages CyfeezBeads Collections, saya cuba menghidupkan kembali dengan nama baru, idea baru dan semangat baru melalui blogspot ini. Saya berharap dengan kehadiran Dare to Bead ini akan dapat membantu dan menyerikan lagi dunia sulaman manik dan labuci yang semakin hangat di pasaran.